Saturday, 29 October 2011

TOPIK: MASA ( 1 )


Adik-adik, apakah aktiviti yang adik-adik lakukan hari ini? Bilakah waktu adik-adik lakukannya?

Pagi

7.00 pagi
  
Bangun tidur

Selepas bangun tidur,

8.00 pagi

Belajar di sekolah
Adik-adik, waktu pagi telah berlalu, jom kita bergerak ke waktu tengahari pula.

Tengahari
1.00 tengahari

Makan tengahari

Selepas waktu tengahari, waktu petang mengambil tempat.


Petang

5.00 petang

Bermain bola


 Setelah penat bermain bola di waktu petang, malam pun menjelma. Jom lihat apakah aktiviti yang dilakukan pada waktu malam.
Malam

9.00 malam

Membuat kerja sekolah

10.00 malam

Tidur
 Nampaknya, kita sudah tahu apakah aktiviti seharian yang telah adik-adik lakukan dan bilakah waktunya. Tahniah buat adik-adik!






Jom main game waktu dengan klik link di bawah:

http://www.softschools.com/time/tellingtime.jsp 


  

Nampaknya adik-adik sudah tahu mengenai waktu, tetapi bagaimana pula dengan hari? Adakah-adik-adik tahu? Kalau nak tahu, jom belajar mengenai hari pula.



1 minggu = 7 hari


hari-harinya ialah:

Isnin

Selasa

Rabu

Khamis

Jumaat

Sabtu

Ahad


Sekarang, adik-adik sudah tahu hari-hari yang adik-adik lalui dalam 1 minggu. Ingin belajarnya dalam Bahasa Inggeris pula? Mari lihat dan tontoni video yang sangat menarik ini.





Hai adik-adik, bertemu lagi kita pada kali ini. Setelah belajar topik waktu dan hari, jom kita belajar tentang bulan pula.
Di atas ini merupakan gambar kalendar. Kalendar menempatkan tarikh dan bulan. Jadi, jom kita belajar bulan-bulan yang ada bagi setahun.


Bulan 1 - Januari


Bulan 2 - Februari


Bulan 3 - Mac

  
Bulan 4 - April

Bulan 5 - Mei


Bulan 6 - Jun

Bulan 7 - Julai


Bulan 8 - Ogos

Bulan 9 - September


Bulan 10 - Oktober

Bulan 11 - November


Bulan 12 - Disember



Sekarang, adik-adik sudah mengetahui bulan-bulan yang ada dalam setahun. 
Ingin belajar dalam Bahasa Inggeris? Jom tonton video ini.


Saturday, 22 October 2011

TOPIK : MASA ( 2 )

Adik-adik, mari lihat jam di bawah.


Adik-adik, di luar jam ini kita dapat lihat angka 05, 10 hingga 60. Sebenarnya, ini adalah hasil minit-minit yang ditambah dari satu jarum ke jarum seterusnya. Maka, setiap jam ada 60 minit.

1 jam = 60 minit
 Adik-adik, sedarkah kamu bahawa masa bergerak, dari malam ke siang dan dari siang ke malam. Tidak percaya? Lihat situasi-situasi di bawah.

Jika kita amati, terdapat dua situasi iaitu malam
 dan siang.
malam


siang
malam ke siang = 12 jam
12 + 12 = 24 jam

Friday, 21 October 2011

Sejarah Tokoh Matematik

Rene’ Descartes (1596-1650)


Beliau adalah pencipta bagi cabang matematik geometri koordinat. Menurut beliau, adalah mencukupi untuk melukis suatu garis lurus jika penjangnya diketahui. Graf dilukis pada paksi Cartesan mengandungi satu set pasangan tertib (x,y). Beliau dikatakan mendapat idea mengenai koordinat ketika beliau sedang terbaring dan memerhatikan seekor labah-labah pada siling biliknya.

Archimedes 287 – 212 sm


Dilahirkan pada 287 sebelum masihi dan meninggal pada tahun 212 sebelum masihi ketika perang, dibunuh oleh tentera Rom. Tentera Rom tidak mengetahui siapa sebenarnya. Beliau kemungkinan mendapat pendidikan di Alexandria, di sekolah Euklid. Egypt merupakan kota terbesar pada ketika itu. Beliau telah diajar mengenai kalkulus. Beliau juga dianggap sebagai “Bapa Kalkulus”.
Pencapaian beliau yang terkenal ialah:
  • Hukum Hidrostatik Archimedes
  • Mencipta Takal
  • Skru Archimedes
  • Menemui pi 

Sir Isaac Newton (1642-1727)


Dilahirkan pada 1642 di sebuah keluarga petani di jajahan Lincoln, England. Semasa kecil beliau tidak dapat bermain permainan kasar kerana badannya tidak cukup kuat, maka beliau menghabiskan masa lapangnya dengan merekacipta berbagai permainan seperti lelayang bertanglung, roda yang dipusingkan oleh air, jam kayu dan jam matahari.
Pencapaian
  • Hukum Newton
  • Teorem binomial
John Venn (1834-1923)
John Venn dilahirkan pada 4 August 1834 di Hull, Yorkshire, England dan meninggal pada 4 April 1923 di Cambridge, England. Beliau banyak membuat kajian terhadap logik dan kebarangkalian. Minatnya bertambah apabila membaca buku tulisan George Boole dan De Morgan. Beliau mengembangkan lagi idea George Boole mengenai logik dengan mencipta gambarajah Venn untuk menunjukkan persilangan dan kesatuan set.

Johann Carl Friedrich Gauss

Beliau dilahirkan pada 30 April 1777 di Brunswick, Jerman dan meninggal dunia pada 23 Feb 1855 di Göttingen, Hanover , Jerman. Kepintarannya terserlah seawal 7 tahun, apabila dia mengira jumlah nombor 1-100 dengan cepat menyedari bahawa kiraan nombornya adalah 50 pasang dan setiap satunya ialah 101.

Beliau banyak memberi sumbangan di dalam bidang Matematikdan astronimi. Antara pencapaiannya ialah :
  • Menemui Hukum Bode iaitu teorem binomial, arithmetik-geometrik, hukum pertukaran kuadratik dan teorem nombor perdana
  • Pembinaan 17-gon(poligon) menggunakan pembaris dan kompas.

Al-Biruni (973-1050)

Nama sebenarnya ialah Abu Arrayhan Muhammad ibn Ahmad al-Biruni. Beliau dilahirkan pada 15 September 973 di Kath, Khwarazm (sekarang dikenali sebagai Kara-Kalpakskaya, Uzbekistan) dan meninggal dunia pada 13 Dec 1048 di Ghazna (sekarang dikenali sebagai Ghazni, Afganistan). 

Al-Biruni merupakan ahli falsafah, ahli geografi, astronomi, fizik dan ahli matematik. Selama 600 tahun sebelum Galgeo, Al-Biruni telah membincangkan teori putaran bumi tanpa paksinya yang sendiri. Al-Biruni juga telah menggunakan kaedah Matematik untuk membolehkan arah kiblat ditentukan dari mana-mana tempat di dunia. Beliau juga adalah orang yang pertama menyatakan bahawa jejari bumi ialah 6339.6 km

Al-Battani (850-929)


Al-Battani atau Muhammad Ibn Jabir Ibn Sinan Abu Abdullah adalah bapa trigonometri dan dilahirkan di Battan, Damsyik. Beliau putera Arab dan juga pemerintah Syria.

Al-Battani diiktiraf sebagai ahli astronomi dan matematik Islam yang tersohor. Beliau berjaya meletakkan trigonometri pada tahap yang tinggi dan merupakan orang pertama yang menghasilkan jadual cotangents

Al-Khawarizmi (780 - 850)

Nama penuhnya ialah Muhammad Ibn Musa Al-Khawarizmi dan dikenali sebagai bapa algebra. Beliau pakar dalam bidang matematik dan astronomi. Antara buku-buku terkenal hasil tulisan beliau ialah Hisab Al-Jabr wal Mugabalah (Buku Pengiraan, Perbaikan dan Pengurangan) dan Algebra. Pada kurun ke-12, Gerard of Cremona dan Roberts of Chester telah menterjemahkan buku algebra Al-Khawarizmi ke dalam bahasa Latin. Terjemahan ini digunakan di seluruh dunia sehinggalah kurun ke-16.



Omar Khayyam (1048-1131)

Nama sebenarnya ialah Ghiyath al-Din Abul Fateh Omar Ibn Ibrahim al-Khayyam dan dilahirkan pada 18 Mei 1048 dan meninggal dunia pada 4 dec 1131. Khayyam sebenarnya bermaksud pembuat khemah.

Sumbangan terbesar Omar Khayyam ialah dalam bidang Algebra.
Beliau pernah membuat percubaan untuk mengklasifikasikan kebanyakan persamaan algebra termasuk persamaan darjah ke tiga.

Bukunya `Mazalat fi al-Jabr waal-Muqabila’ adalah karya agungnya dalam bidang algebra dan sangat penting dalam perkembangan algebra. Pengklasifikasian persamaan yang dilakukan oleh Omar Khayyam adalah berasaskan kerumitan sesuatu persamaan.

Omar Khayyam telah mengenal pasti 13 jenis bentuk persamaan kiub. Kaedah penyelesaian persamaan yang digunakan oleh Omar Khayyam adalah bersifat geometrikal.

Dalam bidang geometri pula, beliau banyak membuat kajian-kajian yang menjurus kepada pembentukan teori garisan selari. Beliau juga pernah diarahkan oleh Sultan Saljuq - Malikshah Jalal al-Din untuk bekerja di balai cerap. Di sana, beliau ditugas untuk menentukan kalendar solat yang tepat. Khayyam berjaya memperkenalkan kalendar yang hampir-hampir tepat dan dinamakan Al-Tarikh-al- Jalali.


Al Khazin (900-971)

Abu Jafar Muhammad ibn al-Hasan Khazin lahir pada tahun 900 Masehi di Khurasan yang terletak di timur Iran. Lebih dikenali sebagai al-Khazin dan merupakan ahli astronomi dan matematik terkenal pada zamannya.


Al-Khazin merupakan salah seorang saintis yang tinggal di bandar dikenali, Rayy. Pada tahun 959 atau 960 Masehi, Perdana Menteri Rayy yang dilantik oleh Adud ad-Dawlah meminta al-Khazin mengukur sudut tidak tepat gerhana iaitu sudut di mana permukaan rata atau datar yang muncul pada matahari untuk bergerak ke arah garisan Khatulistiwa di bumi.


Salah satu hasil kerja al-Khazin iaitu Zij al-Safa’ih telah dinobatkan sebagai satu kejayaannya yang terbaik dalam kerja lapangan yang akhirnya menjadi bahan rujukan utama saintis lain. Kerja itu menggambarkan peralatan astronomi dan salinannya telah dibuat di Jerman pada waktu Perang Dunia Kedua. Hasil kerja al-Khazin dikatakan banyak dipengaruhi oleh motivasi yang diterimanya daripada ahli Matematik, al-Khujandi.