Monday 8 October 2012

Mari Mencuba Latihan Bentuk 2-D


Sekarang, cubalah anda mengisi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

             

Ini ialah bentuk segitiga.
Bentuk ini mempunyai ___________ bucu.
Bentuk ini juga mempunyai ___________ sisi.
Papan tanda amaran ini berbentuk _________!

         
Ini ialah bentuk segi empat tepat.
Bentuk ini mempunyai ____________ sisi.
Sisi bertentangan adalah ___________ panjang.
Bilangan bucunya ialah _____________.
Sampul surat berbentuk _____________.

             
Ini ialah bentuk bulat.
Bentuk ini mempunyai sisi melengkung.
Ia tidak mempunyai ____________.
Bola ini berbentuk _____________.

Ini ialah bentuk segi empat sama.
Bentuk ini mempunyai ___________ sisi yang sama panjang.
Bilangan bucunya ialah _____________ .
Bingkai gambar berbentuk ______________ .

Mari Mencuba Permainan Menguji Memori Bentuk 2-D


Mari menguji daya ingatan anda!



Lihat dan ingat 3 bentuk 2D yang ditunjukkan...




Klik pada bentuk-bentuk yang betul mengikut turutan.





Klik di bawah!

Saturday 6 October 2012

Mari Mencuba Latihan 3D


Mari lakukan bersama-sama!

Kedua-dua bentuk mempunyai ________ permukaan lengkung.
Kon mempunyai ______ permukaan rata.
Silinder pula mempunyai _______ permukaan rata.

Kubus mempunyai _______ permukaan rata.
Sfera pula mempunyai satu permukaan ____________.
Kubus mempunyai 8 bucu. Manakala sfera pula ________ mempunyai bucu.


Kedua-dua bentuk mempunyai bucu.
Piramid mempunyai _____ bucu.
Manakala ________ pula mempunyai _______ bucu.


Ketiga-tiga bentuk ini mempunyai permukaan ________.

Mari Mengenali Bentuk 3D


Kedua-dua bentuk ini mempunyai permukaan yang rata.
Kubus mempunyai 6 permukaan rata.
Manakala piramid pula mempunyai 5 permukaan rata.


Kedua bentuk ini mempunyai permukaan yang lengkung.
Kon mempunyai satu permukaan rata.
Manakala sfera tidak mempunyai permukaan rata.

Mari Mencuba Latihan Bentuk 2D


Sekarang, cubalah anda mengisi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

             

Ini ialah bentuk segitiga.
Bentuk ini mempunyai ___________ bucu.
Bentuk ini juga mempunyai ___________ sisi.
Papan tanda amaran ini berbentuk _________!

         
Ini ialah bentuk segi empat tepat .
Bentuk ini mempunyai ___________ sis i.
Sisi bententangan adalah ____________ panjang .
Bilangan bucunya ialah _____________ .
Sampul surat berbentuk ______________ .

                
Ini ialah bentuk bujur.
Bentuk ini mempunyai sisi melengkung.
Ia tidak mempunyai ___________.
Permaidani ini berbentuk ____________.

Thursday 8 December 2011

Rahsia Ilmu Matematik

 Pelbagai perkara boleh kita perolehi sekiranya kita mengkaji, meneliti dan membuat eksperimen tentang sesuatu perkara tersebut. Berikut sebagai contohnya: Siapa sangka nombor-nombor ini seperti saling ada hubung-kait sesama sendiri bukan?
1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 +
 2 = 98
123 x 8 + 
3 = 987
1234 x 8 +
 4 = 9876
12345 x 8 +
 5 = 98765
123456 x 8 +
 6 = 987654
1234567 x 8 +
 7 = 9876543
12345678 x 8 +
 8 = 98765432
123456789 x 8 +
 9 = 987654321
1 x 9 + 2 = 11
12 x
 9 + 3 = 111
123 x 
+ 4 = 1111
1234 x
 9 + 5 = 11111
12345 x
 9 + 6 = 111111
123456 x
 9 + 7 = 1111111
1234567 x
 9 + 8 = 11111111
12345678 x
 9 + 9 = 111111111
123456789 x
 9 +10= 1111111111
9 x 9 + 7 = 88
98 x
 9 + 6 = 888
987 x 
9 + 5 = 8888
9876 x 
9 + 4 = 88888
98765 x 
9 + 3 = 888888
987654 x 
9 + 2 = 8888888
9876543 x
 9 + 1 = 88888888
98765432 x
 9 + 0 = 888888888
Hebat bukan??
Cuba lihat pada simetri ini pula:
1 x 1 = 1
11 x 11 =
 121
111 x 111 =
 12321
1111 x 1111 = 
1234321
11111 x 11111 = 
123454321
111111 x 111111 = 
12345654321
1111111 x 1111111 = 
1234567654321
11111111 x 11111111 =
 123456787654321
111111111 x 111111111 = 
12345678987654321
Sekarang, lihat di bawah:
101%
Dari sudut pandangan ilmu Matematik:
Apa yang sama dengan 100%?
Apa yang dimaksudkan dengan memberi sesuatu lebih dari 
100%?
Pernahkah anda terfikir bahawa ada orang yang berkata hendak memberi lebih dari 100%?
Kita juga pernah mendengar ada orang yang mampu memberi LEBIH dari 100%.
Bagaimana kalau kita memperolehi 101%?
Apa yang sama dengan 100% dalam kehidupan kita?
Di bawah adalah jawapan kepada persoalan di atas dengan menggunakan kaedah formula matematik:
Sekiranya:
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
melambangkan nombor berikut:
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.
Sekiranya:
Bekerja Kuat atau dalam Bahasa Inggeris disebut:
H-A-R-D-W-O- R- K
8+1+18+4+23+ 15+18+11 = 98%
Dan:
Ilmu Pengethuan atau dalam Bahasa Inggeris disebut:
K-N-O-W-L-E- D-G-E
11+14+15+23+ 12+5+4+7+ 5 = 96%
Tetapi:
Akhlak atau dalam Bahasa Inggeris disebut:
A-T-T-I-T-U- D-E
1+20+20+9+20+ 21+4+5 = 100%
SEKARANG, kita lihat sejauh manakah Cinta kepada Tuhan boleh membawa kita:
L-O-V-E-O-F- G-O-D
12+15+22+5+15+ 6+7+15+4 = 101%
Maka, kita boleh menyimpulkan secara kajian ilmu Matematik bahawa:
Bekerja Kuat dan mempunyai Ilmu Pengetahuan sahaja tidak cukup untuk seseorang mencapai sesuatu dalam hidupnya melainkan setiap yang dia lakukan hendaklah dengan Berakhlak Mulia.Tetapi dengan meletakkan Keikhlasan dan Cinta Kepada Allah lah yang membuatkan seseorang itu dapat mencapai

101% dalam kehidupannya…

Friday 25 November 2011

TOPIK : Pembahagian

Konsep Pembahagian Sebagai Songsangan Darab

Pembahagian yang melibatkan nombor-nombor bulat boleh didefinisikan sebagai satu tindakan memisahkan sejumlah objek kepada kumpulantertentu yang mempunyai jumlah objek yang sama dalam setiapkumpulan. Sebagai contoh, 72 ÷ 9 boleh bermaksud 72 dibahagikan kepada 9 kumpulan yang sama. Ia menunjukkan bahawa terdapat 9 kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai 8 objek. Maka,

72 ÷ 9 = 8

Pembahagian juga boleh dianggap sebagai songsangan bagi pendaraban. Sebagai contoh,

 Jika 15 x 6 = 90, maka 90 ÷ 6 = 15,  atau 90 ÷ 15 = 6

Sila perhatikan istilah-istilah berikut:

 Jika  a ÷ b = c  maka  a dikenali sebagai angka untuk dibahagi  b ialah pembahagi, dan    c   ialah hasil bahagi.