Friday 25 November 2011

TOPIK : Pembahagian

Konsep Pembahagian Sebagai Songsangan Darab

Pembahagian yang melibatkan nombor-nombor bulat boleh didefinisikan sebagai satu tindakan memisahkan sejumlah objek kepada kumpulantertentu yang mempunyai jumlah objek yang sama dalam setiapkumpulan. Sebagai contoh, 72 ÷ 9 boleh bermaksud 72 dibahagikan kepada 9 kumpulan yang sama. Ia menunjukkan bahawa terdapat 9 kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai 8 objek. Maka,

72 ÷ 9 = 8

Pembahagian juga boleh dianggap sebagai songsangan bagi pendaraban. Sebagai contoh,

 Jika 15 x 6 = 90, maka 90 ÷ 6 = 15,  atau 90 ÷ 15 = 6

Sila perhatikan istilah-istilah berikut:

 Jika  a ÷ b = c  maka  a dikenali sebagai angka untuk dibahagi  b ialah pembahagi, dan    c   ialah hasil bahagi.

No comments:

Post a Comment