Thursday 13 October 2011

10 Cara Kreatif Untuk Mengajar Matematik

 Berikut ini ada beberapa aktiviti di kelas untuk menambahkan kreativiti dalam pengajaran matematik. Dalam pengajaran, guru boleh sering mengajukan pertanyaan kritis seperti “Adakah kamu telah mencuba ini?” “Apa yang akan terjadi jika ada ini ?” “Apakah yang boleh kamu dapati?” untuk meningkatkan pemahaman murid-murid dengan idea-idea dan kosa kata matematik. Berikut adalah beberapa aktiviti yang mungkin dapat dipraktikkan di kelas:

1.    Gunakan dramatisasi.
Ajaklah murid-murid berpura-pura berada di sebuah bola (sphere) atau kotak (prisma), merasakan sisi-sisinya, hujung-hujungnya, dan sudutnya dan menyandiwarakan secara sederhana masalah aritmatika seperti: Tiga katak melompat dalam kolam.

2.    Menggunakan anggota badan murid-murid.
Menyarankan agar murid-murid menunjukkan berapa banyak kaki, mulut, dan sebagainya. Ketika diminta untuk menampilkan “tiga tangan,” mereka akan memprotes keras, dan kemudian menunjukkan berapa banyak tangan yang mereka memiliki( “membuktikan”) ini. Kemudian mengajak murid-murid untuk menampilkan nombor dengan jari, dimulai dengan pertanyaaan sederhana, “Berapakah umur kamu?” Kemudian murid menunjukkan angka yang diminta guru. Selain itu guru menampilkan angka dalam berbagai cara (misalnya, menunjukkan lima dengan tiga pada jari tangan kiri dan dua di jari tangan kanan).

3.    Menggunakan permainan.
Melibatkan murid-murid bermain permainan yang memungkinkan mereka untuk melakukan matematik dalam pelbagai cara, termasuk pengurutan, menciptakan bentuk simetri dan bangunan, membuat pola, dan sebagainya. Kemudian memperkenalkan permainan jual-beli di kelas, menunjukkan murid-murid permainan membeli dan menjual mainan atau benda kecil, belajar menghitung, aritmatik dan konsep ruang.

4.    Menggunakan simulasi.
Mendorong murid-murid untuk menggunakan “adegan” dan mainan untuk simulasi kejadian nyata, seperti tiga kereta di jalan, atau misalnya, untuk menunjukkan ada dua monyet di atas pohon dan dua di atas tanah.

5.    Menggunakan cerita.
 Bercerita tentang sebuah kisah menarik yang didalamnya berisi konsep matematik. Jika perlu, cerita boleh diaksikan khususnya untuk memperjelaskan konsep matematik.

6.    Gunakan kreativiti murid.
Mencungkil  idea murid tentang matematik yang harus didiskusikan dengan mereka. Misalnya perbualan di antara 2 seorang murid yang berumur 8 tahun,“Fikirkan angka terbesar yang kamu tahu, lalu tambah angka itu dengan lima. Bayangkan kamu memiliki coklat sejumlah angka itu”. “Wow, itu 5 angka lebih besar daripada angka yang kamu tahu”.

7.    Menggunakan kemampuan penyelesaian masalah.
Menyuruh murid-murid untuk menjelaskan bagaimana mereka mengetahui masalah-masalah seperti mendapatkan bilangan gunting yang cukup untuk kumpulan mereka atau berapa banyak makanan ringan yang perlu disediakan jika seorang tetamu telah menyertai sesuatu kumpulan. Guru mendorong mereka untuk menggunakan jari-jari mereka sendiri atau apapun yang mungkin berguna untuk menyelesaikan masalah.

8.    Menggunakan pelbagai strategi.
Gunakanlah matematik di kelas bila-bila masa sahaja. Guru boleh meminta murid menghitung jumlah murid-murid yang hadir, menghitung meja dan kerusi, meminta murid-murid mengeluarkan barangan yang mempunyai nombor tertentu atau nama geometri yang disebut.

9.    Menggunakan teknologi.
Cuba menggunakan kamera digital untuk mengambil gambar hasil kerja murid, permainan dan aktiviti yang dilakukan, dan kemudian menggunakan gambar tersebut untuk membuat perbincangan dengan murid-murid, perencanaan kurikulum, dan komunikasi dengan orang tua. Gunakan juga teknologi lain, seperti komputer secara bijak.

10. Gunakan ujian penilaian untuk mengukur pencapaian murid-murid dalam matematik.
Menggunakan observasi, perbincangan dengan murid-murid untuk membuat penilaian tentang pencapaian pembelajaran murid-murid dalam matematik.Guru perlu memikirkan keputusan yang perlu dibuat supaya murid-murid dapat belajar dari pengalaman. Guru juga boleh  menggunakan program di dalam komputer untuk membuat penilaian terhadap murid-murid secara automatik.

No comments:

Post a Comment