Friday 25 November 2011

TOPIK : Pendaraban

PENDARABAN - Bentuk Lazim



Pendaraban bentuk lazim yang melibatkan pengiraan dalambentuk lazim selalu mendatangkan kesukaran kepada anak-anak. Ini kerana anak-anak sering keliru dalam mendarabkan nombor yang terdahulu dan meletakkan jawapan di nilai tempat yang tertentu. Berikut adalah cara yang boleh dilakukan dalam menambahkan kefahaman anak-anak untuk pengiraan yang melibatkan bentuk lazim.

Contoh ; 
187 x 54 = ?

1. Tukarkan ayat matematik ke dalam bentuk lazim. Pastikan setiap nombor berada dalam kedudukan 'rumah' yang betul.

2. Darabkan nombor di 'rumah' sa terlebih dahulu dengan nombor di bawahnya. Jika jawapan membawa lebih daripada 10, maka jawapan hendaklah di bawa 'ke tangan' atau dengan lebih tepat di bawa ke 'rumah' puluh pula.

Darabkan pula nombor di 'rumah' puluh (8) dengan nombor di 'rumah' sa (4).

Langkah seterusnya ialah mendarabkan nombor di 'rumah'(1) ratus dengan nombor di 'rumah' sa(4).

Beralih pula kepada 'rumah' puluh nombor di bawah. Lakukan langkah yang sama seperti cara mendarab dalam contoh di atas.

Nombor di tambah untuk mendapatkan jawapan akhir.

No comments:

Post a Comment